Friday, March 19, 2010

PERJUANGAN UMNO


  • UMNO dicadangkan Oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “Pertubuhan Melayu Bersatu” atau United Malays Organization”. Tuan Za’aba cadangkan supaya ditambah perkataan “kebangsaan” atau “national” selepas perkataan “pertubuhan”. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau “United Malays National Organization” (UMNO).
  • UMNO dilahirkan maka perjuangan menentang Melayan Union habis-habisan dijalankan oleh orang-orang Melayu. Dalam tempoh dua (2) tahun sahaja Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasminya pada 1 Februari 1946.
  • Hari ini Malaysia sudahpun 48 tahun merdeka dan terkenal sebagai sebuah Negara termaju di kalangan Negara-negara membangun manakala UMNO pun telah menjangkau usia 58 tahun dan ahli-ahlinya melebihi 3 juta orang meliputi 191 bahagian. Ia merupakan sebuah parti politik yang tertua dan terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik pun yang dapat menandinginya.
  • UMNO telah menempuh pilihan raya sebanyak 12 kali dan setiap kali pilihanraya UMNO mencapai kemenangan dengan cemerlang. Dalam Pilihan Raya Umum 2004, bagi kawasan Parlimen, UMNO telah memenangi 109 kerusi daripada 117 kerusi yang dipertandingkan manakala peringkat DUN sebanyak 303 kerusi daripada 337 kerusi telah dimenangi oleh UMNO.
  • UMNO mestilah dipelihara, dipupuk dan dibaja dengan amalan nilai-nilai murni dikalangan supaya ia terus menjadi satu-satunya wadah perjuangan bagi membela nasib orang Melayu sepanjang masa.

  • Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.

No comments:

Post a Comment